Wednesday, October 8, 2008

MLM DI MALAYSIA - COMPANY MACAM MANA NAK PILIH?

APA YANG HARUS ANDA PERHATIKAN APABILA MEMILIH COMPANY MLM?



Terpulang kepada apa yang anda cari. Adakah ingin mencari Company untuk buat bisnes sementara atau boleh dapat duit banyak tapi berkekalan?

1. LATARBELAKANG COMPANY.
Siasat kedudukan kewangan Company serta owner (pemilik) company. Kalau owner tidak mempunyai rekod yang baik dari segi manajemen kewangan dan pengalaman pengurusan, elakkan Company ini. Contohnya pernah memilikki beberapa company sebelum ini tapi sering buka dan tutup.



2. MANEJEMEN
Adakah manajemen pernah ada rekod tidak bayar bonus member? Tidak bayar supplier? Tidak bayar speaker atau trainer? Tidak bayar sewa ofis? Tidak menghormati kebajikan member atau leader?

3.SOKONGAN & PASARANA
Sokongan dari Company dalam bentuk sistem komputer, internet dan ofis yang lengkap. Hati-hati dengan Company yang berpejabat di atas kedai kopi, dengan hanya satu atau dua orang staff.

4.KETELUSAN
Pastikan anda dapat melihat di internet jaringan, jualan anda, bonus dan sebagainya.

5.BONUS

Bagaimana bonus dibayar dan bila serta oleh siapa, sangat penting. Jangan nanti, bonus kelihatan berpuluh ribu ringgit di e-wallet, tapi susah atau tidak dapat terus untuk dikeluarkan.

6. MARKETING PLAN - MUDAH DAN SEMUA ORANG BOLEH BUAT
Teliti Marketing Plan. Adakah ianya mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang.

Misalnya, buat 2 line (kaki) adalah jauh lebih mudah dari terpaksa buat 10 line untuk dapatkan pendapatan besar.

JANGAN PLAN YANG OVERPAY
Dalam masa yang sama, jangan terlalu ghairah dengan marketing plan yang tidak masuk akal.

Contohnya buat 2 line (binary) tetapi tiada limit berapa pasang yang diibayar sehari ataupun bilangan pasangan yang terlalu tinggi. Contohnya 30 pasang dengan hanya 1 akaun.

Ini sudah tentu over pay, maksudnya Company dapat jualan RM1,000 dari seorang tetapi bayar bonus RM1,100. Ertinya lebih banyak bayar dari dapat. MANA ADA ORANG BERNIAGA MAU RUGI?

Kalau Plan Overpay, Company memang sengaja. Ini untuk pancing orang masuk ramai-ramai, kumpulkan jutaan ringgit kemudian tutup company.
INGAT: PENIPU-PENIPU INI BUKAN BODOH.

7. PRODUK & HARGA

Kalau ingin bisnes yang tahan lama, Produk yang bagus serta harga yang berpatutan adalah asas bisnes supaya ada belian ulangan setiap bulan.

8. LESEN AJL
Pastikan company ada AJL.Tanpa AJL, sudah pasti ini bukan bisnes sah dan company memang ada niat untuk tutup bila-bila masa.




9. FUNCTIONS & MEETING

Tanpa functions yang kuat serta meeting yang berterusan, sukar bisnes untuk bertahan.

Jika company tidak beri tekanan kepada perkara-perkara sedemikian, bolehlah berkesimpulan bisnes ini tidak akan jadi benar-benar besar dan tahan lama.

Adalah sukar juga bagi anda membina serta mengekalkan jaringan anda tanpa functions dan meeting.

10. KEPIMPINAN LEADER DI JARINGAN.

Perhatikan dan tanya siapa 001 ataupun leader-leader utama yang menerajui di jaringan company.

Jika mereka punya rekod yang tidak baik dari segi amanah dan kepimpinan, jauhi company ini kerana ianya tidak akan ke mana.


RUMUSAN


Setelah melihat semua itu, buatlah keputusan dan bertindak segera.

Di dalam dunia bisnes, timing adalah segala-galanya. Kepantasan bergeraklah yanag akan menentukan kejayaaan serta keuntungan anda.

Untuk Rujukan selanjutnya sila baca:






1. Business School - Robert T Kiyosaki.

2. We Want You to be Rich - Donald Trump dan Robert T Kiyosaki.

3. The Money Making Machine - Randy Cage.

4. B2B MEANS BACK TO BASIC - Bill Quain, Phd.

5. Dream Biz.com - Burke Hedges.

AKHIR SEKALI - KETAHUI HAK ANDA.
Jika anda ditipu seperti bonus tidak dibayar atau sebagainya, lapor ke polis dan KPDNHEP secara peribadi atau online.

KLIK DI SINI UNTUK KE LAMAN WEB KPDNHEP.


Selamat Sukses,

Ikhlas dari,

Muhamad Abdullah.
Kuala Lumpur.

2 comments:

Dr Khairil Azhar Ishak said...

assalamualaikum abg mat... dah dpt tahu ke B2B dah bungkus... gara-gara david la ni... ubah plan matrik yg bukan-bukan. sbb tu 001 pun cabut angkat kaki. 1 sen pun tak dapat.. terus merajuk. saya pula.. melopong sampai mulut pun tak boleh nak tutup dah... maklumlah pelaburan semua dah hangus.. yg untung david je.. utang dah settle.. umah baru sebiji cash... sekarang angkat kaki.. alasan sale tak jalan... sekarang... saya pula jadi penganggur terhormat... yang diperbodohkan oleh sekor yg mmg dah lama bodoh....

The Coach. email: muhdabdullah@gmail.com said...

Waalaikum salam Dr.

Iyer ker? Tak sangka betul kita semua dibodohkan oleh orang macam Dr David tuh yer?

Baru-baru nih aje abg dengar cerita pasal David nih. Memang dia nih ada history rupanya buat kerja-kerja macam tuh. Yang Si Razlan takkan tak kenal Si David nih...?

Saya habis RM3,000 ke Jakarta atas urusan company, 1 senpun tak dibayar. Buat trainingpun sama juga..1 sen pun tak dapat.

Jadikanlah pengajaran bagi kita semua..

Salam.

Abg Mad.